Selangorkini
SELANGOR

Kisah viral pocong Jalan Kebun, elak terlibat amalan khurafat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 24 JULAI: Penduduk sekitar Jalan Kebun diminta meneruskan aktiviti harian seperti biasa dan tidak terlibat dalam melakukan perbuatan khurafat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, berkata masyarakat sekitar perlu menolak kepercayaan tahyul dan bertentangan ajaran Islam.

“Saya tidak menafikan wujudnya benda halus seperti termaktub dalam Al-Quran.

Pocong jalan kebun“Namun, sebagai orang Islam saya mengajak masyarakat untuk menolak kepercayaan tahyul dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa,” katanya kepada SelangorKini.

Shuhaimi turut menasihatkan orang ramai bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) jika terdapat perkara mencurigakan.

JAIS sebelum ini, memberi amaran tegas untuk mengambil tindakan kepada pihak melakukan pemujaan di tanah perkuburan ekoran wujudnya pocong di beberapa kawasan di sekitar Jalan Kebun.

Terdahulu, menerusi rakaman video amatur berdurasi 20 saat itu, kelibat pocong sedang berdiri tegak seolah-olah memerhatikan sekumpulan remaja yang kebetulan dapat merakam imej berkenaan.

Hasil tinjauan mendapati, video tersebut mendapat 103,096 tontonan sebelum dipadamkan ‘admin’ grup Facebook berkenaan.

Kisah kewujudan pocong di Kampung Jalan Kebun seperti yang viral di laman sosial Facebook hanya rekaan semata-mata.

Ketua Kampung Jalan Kebun, Mohd Salehan Tahir berkata, dakwaan di Facebook itu tidak benar sama sekali.

“Ia sengaja direka cerita pihak tertentu untuk menakutkan kira-kira 20,000 penduduk melibatkan 15 kariah di sini,” katanya.

EZY


Pengarang :