Selangorkini
SELANGOR

Sekinchan semakin popular, pelancong dijangka terus meningkat

OLEH: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 11 JUL: Kehadiran pelancong luar dan domestik di Sekinchan dijangka akan terus meningkat menerusi pelbagai program dan aktiviti secara berterusan dijalankan di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata bagi terus mempopularkan kawasan itu sebagai pelancongan eko di Selangor, beberapa program dirancang dengan kerjasama pihak berkaitan.

SEKINCHAN PELANCONGAN“Dengan pelbagai program dijalankan di kawasan ini, saya yakin akan terus memperkenalkan Sekinchan dan Selangor di sekuruh negara dan antarabangsa.

“Saya juga yakin ia mampu meningkatkan kedatangan jumlah pelancong domestik dan luar ke sini,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Ketika ini program perkemahan ‘Dunia Kecil Diperluas Pandang Kem Pelajar Pengalaman Budaya Antarabangsa’ membabitkan 140 dari Sabah, Sarawak dan Taiwan di Sekinchan selama tiga hari dua malam mulai 10 hingga 12 Julai ini.

Mengulas lanjut, Suee Lim berkata, ia adalah program hasil insiatif kumpulan majalah pelajar, Dong Zong dengan kerjasama Tourism Selangor dan Pejabat ADN Sekinchan.

TOURISM 2“Program berlangsung di Homestay Kampung Sungai Sireh di mana semua ahli rombongan menyertai semua aktiviti dijalankan penganjur.

“Ia adalah program untuk menghayati kebudayaan masyarakat Melayu di Selangor dan menerokai keindahan pelancongan eko di Sekinchan dengan Jelapang Padinya termasuk kawasan tarikan lain serta keunikan makanan lautnya,” katanya.

Beliau berkata, pelajar dalam program itu terutama Taiwan juga berpeluang merasai pengalaman kehidupan berbilang kaum di Malaysia yang penuh harmoni.

-nR-


Pengarang :