Selangorkini
SELANGOR

Selangor catat peratusan penduduk tertinggi negara

SHAH ALAM 23 JULAI : Selangor mencatatkan peratusan negeri penduduk tertinggi pada tahun ini iaitu 19.9 peratus diikuti Sabah (12.0%) dan Johor (11.5%).

Jumlah penduduk Malaysia pada tahun ini (2016) dianggarkan 31.7 juta orang iaitu meningkat sebanyak 0.5 juta berbanding 31.2 juta orang pada tahun lepas.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan berkata jumlah tersebut menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 1.5 peratus bagi tempoh yang sama.

RAKYAT SELANGORJumlah penduduk 31.7 juta itu juga merangkumi komposisi jantina iaitu 16.4 juta lelaki dan 15.3 juta perempuan dengan nisbah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

“Etnik bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia iaitu sebanyak 68.6 peratus diikuti oleh etnik Cina (23.4%), India (7.0%) dan lain-lain (1.0%).

“Peratusan penduduk bukan warganegara pada tahun ini adalah 10.3% daripada keseluruhan jumlah penduduk Malaysia,” katanya.

Menurut jabatan tersebut, bagi taburan penduduk mengikut kumpulan umur bagi tahun ini tidak menunjukkan perbezaan ketara berbanding 2015.

“Penduduk dalam kumpulan umur kosong hingga 14 tahun berkurang 0.4 peratus pada 2016 (24.5%) berbanding 2015 (24.9%).

“Penduduk dalam kumpulan umur bekerja, 15 hingga 64 tahun, meningkat 0.2% pada 2016 kepada 69.5% berbanding 2015 dan penduduk berumur 65 tahun dan lebih juga meningkat sebanyak 0.2% kepada 6.0% bagi tempoh yang sama.

“Negeri yang mencatatkan peratusan penduduk terkecil pula ialah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu masing-masing sebanyak 0.3%,” katanya.

EZY


Pengarang :

SELANGOR

Selangor has highest population percentage in Malaysia

SHAH ALAM, JUL 23: Selangor registered the highest population percentage in the country this year at 19.9%, followed by Sabah (12.0%) and Johor (11.5%).

Malaysia’s population this year (2016) is estimated at 31.7 million, a 0.5 million increase compared to 31.2 million people in 2015.

In a statement, the Malaysian Statistics Department said the figures reflect a 1.5% annual population growth rate for the same period.

RAKYAT SELANGOR

The 31.7 million total population comprised of 16.4 million men and 15.3 million women in terms of gender composition, a ratio of 107 men to every 100 women.

“By ethnicity, bumiputera registered as the highest percentage of Malaysia citizens at 68.6%, followed by Chinese (23.4%), Indian (7.0%) and Others (1.0%).

“Non-citizens accounted for 10.3% of Malaysia’s total population,” he said.

According to the department, distribution by age group this year showed no significant difference compared to 2015.

“The population in the age group of 14 years and below decreased by 0.4% in 2016 (24.5%) compared to 2015 (24.9%).

“The working age population, 15 to 64 years old, increased by 0.2% in 2016 to 69.5% compared to 2015; and population aged 65 years and above also increased by 0.2% to 6.0% for the same period.

“States that recorded the smallest population percentage were Labuan and Putrajaya, at 0.3% respectively,” he said.


Pengarang :