SELANGOR

Suburkan pendengaran awam selesaikan masalah setempat

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 JULAI: Pendengaran awam secara atas talian atau langsung antara masyarakat dan agensi kerajaan perlu disuburkan bagi memudahkan kedua-dua pihak bertukar pandangan menyelesaikan masalah setempat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, berkata budaya itu sudah mula dicadangkan di peringkat kawasannya dan berharap ia boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita ingin mendidik dasar komuniti supaya rakyat boleh bersama dalam konteks hak bersuara.

“Sebab itu perlu diwujudkan satu pendengaran awam di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap dua minggu sekali dengan penglibatan semua pimpinan masyarakat,” katanya.

RodziahKetika ditemui pada Majlis Hi-Tea Aidilfitri DUN Batu Tiga di Stadium JKR Seksyen 17 pada 24 Julai lalu, beliau berkata antara tumpuan isu di DUN Batu Tiga lebih menjurus kepada penerangan kelususan strata kepada orang awam memandangkan terdapat banyak pembangunan berkembang di sini.

Selain itu, beliau mengakui masih terdapat beberapa kawasan menjadi tumpuan banjir sekoran masalah sistem perparitan terutama di kawasan kampung tradisi dan boleh menjadi punca awabak denggi.

“Isu banjir khususnya kita dapati walaupun isu besar ditangani seperti di Sungai Rasau tetapi tidak mencukupi. Dalam dua minggu ini saya kerap bertemu dengan Jawatankuasa Daerah terutama mengenai kampung tradisi yang tidak mempunyai sistem perparitan betul.

“Apabila berlaku hujan lebat, air tidak keluar. Saya mencadangkan kepada pegawai daerah menyelesaikannya di samping penduduk perlu memberikan kerjasama mengenai tinjauan struktur longkang sesuai bagi kawasan mereka,” katanya.

Rodziah yang sudah dua penggal berkhidmat di DUN Batu Tiga mengakui beliau kini lebih selesa mendekati rakyat secara terus memandangkan sebelum ini sibuk dengan tugas selaku Exco Kerajaan Selangor.

EZY


Pengarang :