Temuan Takdir ditayang dalam 33 pesawat Air Asia | Selangorkini


Temuan Takdir ditayang dalam 33 pesawat Air Asia

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 27 JULAI: Sebuah filem tempatan ‘Temuan Takdir’ buat julung kalinya bakal ditayangkan dalam 33 penerbangan Air Asia A320 selama tiga hari sebelum tayangan perdana di seluruh negara, pada 11 Ogos ini.

Pengarah dan penerbitnya, Dhyan Vimal, berkata beliau berbesar hati apabila filem pertamanya mendapat kerjasama AirAsia untuk ditayang ketika penerbangan.


“Walaupun ini pertama kali menjadi pengarah, ia membuatkan saya gembira karya sulung ini mendapat kerjasama daripada banyak pihak.

IMG_0752“Kami tidak punya bajet besar jadi harus buat yang terbaik mengikut kemampuan profesional yang sudi bekerjasama di bawah ‘Projek Dignity’,” katanya pada sidang media selepas sesi tontonan filem itu di Mid Valley, di sini, semalam.

Katanya, filem yang penuh adegan cemas dan aksi itu menelan kos lebih RM1 juta.

“Apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini adalah tanggungjawab keamanan yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat di Malaysia.

“Ia adalah tannggungjawab bersama dan jangan hanya bergantung pada pihak polis untuk membanteras jenayah yang ada di Malaysia,” katanya.

Selain itu, katanya beliau mengambil peluang terbabit membawa artis baru dan memberi ruang kepada individu yang berminat untuk tampil menunjukkan bakat terpendam.

Temuan Takdir menggabungkan pelakon popular Datuk Zahim Albakari dan Vanidah Imran bekerjasama dengan artis baru seperti pengacara televisyen Azura Zainal, pelakon Ery Khairi, Amai Kamrudin dan Malieq Abdullah.

Turut serta muka baru dalam bidang perfileman itu Ratu Cantik Malaysia 2009, Thanuja Ananthan dan Kiranjiy Kaur.

Filem berdurasi 90 minit itu mengisahkan dua beradik polis yang berdedikasi menyiasat satu kes rompakan dan memburu Matermind’ di sebaliknya.

Bagi Vanidah, beliau menerima tawaran itu kerana ingin memberikan sokongan kepada pengarah baru yang mempunyai pelbagai idea menarik yang patut diketengahkan.

“Selain itu, saya teruja utk bekerjasama semula dengan rakan lama, Datuk Zahim memandangkan kali terkahir kami digandingkan ketika ‘The Red Kebaya,’ katanya.

-NFN-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION