Tiada pertukaran pemain PKNS FC | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Tiada pertukaran pemain PKNS FC

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 JUL: Tiga pemain PKNS FC akan dipinjamkan ke pasukan pendahulu Liga Perdana, Melaka United (MU) dan dua pasukan Piala FAM, MOF dan AirAsia AllStar menjelang sambungan Liga Perdana dan Piala Malaysia, 12 Julai ini.

Pengurus pasukannya, Mahfizul Rusydin Abd Rashid, berkata pemain terbabit adalah K. Satish (pemain tengah) ke AirAsia AllStar, Mohd Muhaimin Mohamad (penjaga gol) ke MOF dan Ahmad Khuzaimie Piee (pertahanan) ke Melaka United.


PKNS FC“Tidak ada pertukaran pemain kerana jurulatih berpuas hati dengan prestasi pemain yang ada.

Cuma kita meminjam pemain kepada Air Asia, Kementerian Kewangan dan seorang ke Melaka United. Pinjaman pemain ini sudah disahkan,” katanya kepada SelangorKini.

Mengulas lanjut persiapan kem latihan PKNS FC, Mahfizul berkata, prestasi pemain ketika ini berada pada tahap baik dan tidak terjejas walaupun menjalani ibadah puasa.

“Kita tetap menjalani latihan sebelum bercuti pada raya nanti dan mengadakan empat perlawanan persahabatan termasuk menentang Kedah pada jam 10 malam ini di Stadium Shah Alam,” katanya.

Katanya, sebelum ini PKNS FC mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Piala FAM, MISC-MIFA yang berkesudahan PKNS FC menang 4-0, Felcra (menang 2-0) sebelum tumpas kepada Sarawak 1-2.

“Kami akan mulakan latihan pada raya ketiga nanti bagi membuat persiapan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk Piala Malaysia pada 12 Julai,” katanya.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION