TM Piala Malaysia: Kelantan bangkit ikat Selangor 3-3 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

TM Piala Malaysia: Kelantan bangkit ikat Selangor 3-3

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 JULAI: Jaringan minit akhir Abdul Manaf Manat meleburkan impian Selangor mengutip tiga mata penuh apabila berjaya mengikat tuan rumah dengan keputusan 3-3 di Stadium Shah Alam.

Dalam aksi kedua peringkat kumpulan TM Piala Malaysia, Selangor mempamerkan aksi bertenaga di hadapan penyokong sendiri, namun Kelantan lebih berhak membawa pulang satu mata apablia berjuang hingga ke minit akhir permainan.


Aksi babak pertama menyaksikan Selangor mendahului 2-1 meskipun Kelantan lebih menguasai permainan menerusi gandingan Blazhe Ilioski dan Wander Luiz Junior.

sel lwn kltn 3Selangor yang sesekali mengasak gagal menterjemahkannya kepada gol walaupun berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Kelantan menerusi gandingan Patrick Ronaldinho Wleh, Mauro Olivi dan R Gopinathan.

Jaringan pertama perlawanan akhirnya menjelma pada minit ke-29 menerusi Mauro Olivi untuk meletakkan Selangor mendahului Kelantan 1-0.

Segalanya bermula menerusi percubaan Ronaldinho, namun berjaya ditepis Khairul Fahmi Che Mat hasil sepakan penjuru R Gopinathan sebelum Olivi memanfaatkan situasi kelam kabut dengan rembatan leret.

Ronaldinho menjadikan kedudukan Selangor selesa mendahului 2-0 hasil tandukan kencang ke kanan gawang Kelantan selepas menerima hantaran lintang Mohd Raimi Mohd Nor.

Di penghujung babak pertama, kesilapan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali mengundang padah apabila menghadiahkan sepakan percuma kepada Kelantan di dalam kotak penalti.

patrick wleh 2Indra Putra Mahyuddin yang mengambil sepakan itu berjaya melorongkan bola kepada Brendan Gan Seng Ling sebelum merembat kencang ke gawang Selangor.

Bersambung babak kedua, Ronaldinho kembali meletakkan Selangor di depan untuk terus selesa mendahului 3-1 selepas berjaya menolak masuk bola S Vernod bagi menewaskan Khairul Fahmi buat kali ketiga pada minit ke-49.

Sejurus kemudian, Kelantan cuba bangkit menerusi beberapa percubaan, namun gagal memecah kekebalan benteng pertahanan yang dikawal Ugochukwu Ukah dan Mohd Razman Roslan.

Saat yang dinantikan Kelantan untuk menambah jaringan akhirnya tiba pada minit ke-72 apabila pemain gantian, Wan Zack Haikal Wan Mansor berjaya melakukan rembatan lencong daripada luar kotak penalti bagi menjadikan kedudukan 3-2.

Ketika pelawanan hampir menuju ke detik penghujung, Abdul Manaf Mamat berjaya merembat rendah ke gawang Selangor untuk mengikat keputusan 3-3 apabila berjaya memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan gawang.

Keputusan itu kekal sehingga tamat permainan dan Selangor kekal mendahului Kumpulan B dengan empat mata diikuti Kelantan, Kuala Lumpur dan Pahang.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION