Selangorkini
NASIONAL

Tuan Guru Haji Salleh Musa meninggal dunia

SHAH ALAM 23 JULAI: Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, Sik, Tuan Guru Haji Salleh Musa, 87, kembali ke rahmatullah pada jam 8.15 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman facebook beliau.

“Berita lain kami akan maklumkan setelah mesyuarat dengan Syeikh Muslim waris TGH Salleh. Sedekahkan Fatihah dan bacaan quran kepada guru kesayangan kita,” tulisan daripada facebook itu dipetik.

13769362_10208607245391917_6268731924573952210_nTuan Guru Haji Salleh merupakan tokoh ulama yang makruf di seluruh Nusantara. Beliau alim ilmu Turath, tokoh ulama tauhid.

Beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Pendakwah Kedah pada 2009, Tokoh Guru Pondok Kedah (2010) dan Tokoh Ilmuan Daerah Sik (2011).
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah

Pemergian tokoh ulama, Tuan Guru Haji Salleh Musa merupakan satu kehilangan besar buat rakyat negeri Kedah khususnya dan umat Islam di rantau ini amnya.

Beliau yang dikenali keilmuan dan keperibadian telah meninggalkan jasa sangat besar ke atas umat Islam.

Selaku Mudir Pondok Ar-Rahmaniah, ilmunya telah tersebar luas melahirkan para ilmuan agama yang bertebaran seluruh rantau ini menyampaikan Islam.

13726745_1390351187648288_1223312333753434426_nBahkan, sebagai bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah beliau telah menggerakkan peranan penting memelihara kepentingan Islam.

Sepanjang hayatnya juga, beliau telah menjadi rujukan penting banyak pihak. PAS Kedah, bahkan Kerajaan Negeri Kedah semasa dipimpin Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak turut mendapat sentuhan nasihat berharga daripada beliau.

Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Almarhum serta anak-anak muridnya. Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh almarhum dan ditempatkan  di kalangan para nabi, siddiqin dan syuhada.


Pengarang :