BERITA UTAMA SELANGOR

Galak pembangunan baru, tolak pencerobohan tanah – MB

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 9 OGOS : Kerajaan Negeri menghalang sebarang pencerobohan tanah dilakukan pemaju bagi tujuan pembangunan yang membelakangi hak penempatan masyarakat setempat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sebarang proses pembangunan baru perlu dibuat menerusi perbincangan dan persetujuan terlebih dahulu.

“Kita mahu perbincangan dibuat terlebih dahulu, supaya wujudnya persefahaman antara pemaju dan masyarakat.

“Tegas sekali kita tidak akan membenarkan sebarang bentuk pencerobohan dibuat sewenang-wenangnya,” katanya mengulas komitmen Kerajaan Negeri mempertahankan hak milikan tanah di Selangor.

mb-invest 1Kerajaan Negeri ketika ini rancak membangunkan tanah negeri menerusi projek pembangunan sarat bertujuan merancakkan lagi dasar pertumbuhan ekonomi lebih mampan.

Bagaimanapun, wujud dakwaan negatif daripada pihak tidak bertangunggjawab kononnya wujud pembangunan setempat menafikan kebajikan penduduk.

Ia susulan pertikaian seorang peniaga, R Jayesury yang mendakwa dirinya diminta berpindah daripada lokasi perniagaannya selepas tapak tersebut dibangunkan untuk tujuan pelebaran jalan.

Bagaimanapun, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) sebelum ini berkata, peniaga berkenaan telah ditawarkan ke kawasan perniagaan baru yang lebih selesa.

-nR-


Pengarang :