Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Jalan susur dari Persiaran Kewajipan ke Jalan SS16/1 dibuka

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 9 OGOS: Orang ramai kini boleh menggunakan jalan susur dari Persiaran Kewajipan terus ke Jalan SS16/1 serta tidak perlu lagi membuat pusingan U di hadapan Aeon BIG untuk ke jalan berkenaan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, berkata ia sekaligus mengurangkan beban aliran trafik terutama ketika waktu puncak.

“Orang ramai digalakkan menggunakan susur ini, tidak perlu lagi ‘U-turn’ di hadapan Aeon BIG.

“Jalan SS16/1 ini bakal menjadi ‘one way loop’ pada masa hadapan untuk mengelak pembaziran masa dengan lampu trafik,” katanya kepada SelangorKini.

Susur sejauh 150 meter yang dibina Prasarana Malaysia Berhad itu mula dibuka untuk pengguna jalan raya pada 1 Julai lalu.

simpang ss16Hannah berkata, susur berkenaan merupakan salah satu syarat dikenakan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) terhadap Prasarana selepas pembukaan fasiliti di SS16.

“Syabas diucapkan kepada MPSJ yang sentiasa menunjukkan komitmen tinggi dalam memperbaiki pergerakan trafik untuk memudahkan pergerakan penduduk,” katanya.

EZY


Pengarang :