SELANGOR

Madrasah SRITIS, wadah pendidikan warga Sijangkang

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SIJANGKANG, 28 OGOS: Pembinaan Madrasah Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sijangkang (SRITIS) berperanan menyumbang kepada wadah pendidikan penduduk setempat, di sini.

Pengerusi Pembangunan Madrasah SRITIS, Hairulnizam Soliban, berkata penubuhannya juga diyakini mampu mengembalikan kegemilangan Sijangkang sebagai pusat ilmu keagamaan negeri.

“Perkembangan sistem pondok sekolah di Selangor seiring kehendak pendidikan berteraskan keagamaan yang mencapai tuntutan dunia dan akhirat.

“Namun keutamaannya pendidikan SRITIS ini dilihat seimbang yang membolehkan pelajarnya melanjutkan pengajian lanjutan di luar,” katanya.

IMG_2012Beliau bercakap pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Kompleks Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Sijangkang di perkarangan Masjid Jamiul Ehsani, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

SRITIS dibina dengan kos peruntukan sebanyak RM500,000 berkeluasan 80 kaki – 127 kaki persegi dengan fasa pertamanya dijangka siap dalam tempoh tujuh atau lapan bulan.

Institut pendidikan dengan tema ‘resort’ bakal memulakan operasinya 2017 dengan sistem berteraskan pendidikan KAFA, Tahfiz dan KSSR.

EZY


Pengarang :