Peluang miliki perniagaan restoran mewah mampu milik | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Peluang miliki perniagaan restoran mewah mampu milik

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 15 OGOS: Bakal pengusaha restoran yang berminat menjalankan perniagaan restoran mewah tetapi masih menawarkan harga berpatutan kini mempunyai pilihan memiliki restoran sendiri.

Pengasas Restoran Pollo Mendi, Fazli Rahim, berkata hal ini ekoran rangkaian restoran terbabit menawarkan konsep francais untuk golongan bumiputera memiliki perniagaan pada harga mampu milik.


“Semua makanan dari Pollo Mendi dan Pollo Mendi Food Truck ini dibekalkan sepenuhnya kilang dapur sentral yang tersendiri bagi memudahkan operasi harian di Pollo Mendi.

“Pengusaha tidak perlu pergi ke pasar atau memasak barangan mentah yang banyak kerana teknologi ‘blast freeze’ dan ‘blast chill’ dari Perancis mengekalkan standard rasa dan kualiti setiap makanan di Pollo Mendi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Rangkaian Perniagaan Raudhah Mart dan Restoran Pollo Mendi di One City, di sini, semalam.

Katanya, selain memiliki ‘food truck’ sendiri, Pollo Mendi mensasarkan membuka 50 lagi cawangan dalam tempoh lima tahun.

IMG-20160814-WA0044Pada majlis yang dihadiri Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud itu, tetamu turut dihidangkan menu restoran berkenaan.

Selain ‘signature’ restoran yang sudah beroperasi lebih setahun iaitu nasi arab, tetamu turut berpeluang menikmati pizza dan spaghetti bersama bebola daging.

SelangorKini yang turut berpeluang merasa hidangan pada majlis itu mendapati nasi arab disediakan agak berbeza berbanding nasi arab lain ekoran rasanya yang seakan ‘berkrim’ merangsang deria rasa.

Manakala, tekstur bebola daging dalam hidangan spaghetti pula tidak terlalu kenyal seperti kebanyakan bebola daging lain.

Bersesuaian dengan slogan ‘Authentic Arabian & Italian Cuisine’, hidangan yang ditawarkan di Restoran Pollo Mendi membuatkan pelanggan merasakan seolah-olah sedang menikmati hidangan di hotel enam bintang.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION