Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Penduduk Desa Timah Langat terima Notis 5A

OLEH AFIX REDZUAN

DENGKIL, 8 OGOS: Penantian lebih 60 tahun penduduk Desa Timah Langat berakhir hari ini selepas Kerajaan Negeri bersetuju menyerahkan Notis 5A kepada 24 penduduk.

Penyerahan itu disempurnakan sendiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada 16 penduduk yang hadir.

Bagi, Abu Saman Mat Akit, 75 beliau bersama beberapa penduduk sebelum ini pernah mengemukakan permohonan mendapatkan hak milik, namun gagal disebabkan pelbagai kekangan.

“Saya dah duduk di sini hampir 30 tahun. Dahulu kita beramai-ramai hantar permohonan tetapi tidak diluluskan.

“Alhamdulillah bila kita memohon sekali lagi ia diluluskan Kerajaan Negeri,” katanya.

IMG_9030Perasaan gembira turut dikongsi Nazirah Awap, 46 yang menerima Notis 5A mewakili bapanya.

Bagi Abdul Arjis @ Abdul Aziz Rasidi, 71, keluarganya sudah menetap di kampung ini sejak tahun 1976.

Katanya, pemberian Notis 5A ini membantu golongan kurang berkemampuan memiliki aset sendiri.

Sementara itu, Mohamed Azmin dalam ucapannya mengingatkan penduduk Desa Timah Langat supaya tidak menjual tanah milik mereka demi kelangsungan generasi akan datang.

IMG_9131Katanya, nilai pembayaran premium rendah yang ditawarkan kepada penduduk untuk memiliki tanah membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyat.

Dalam majlis sama, beliau turut meluangkan masa menziarahi seorang penduduk, Joana Shaari yang terlantar sakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga.

-nR-


Pengarang :