Selangorkini
SELANGOR

Penduduk harap isu banjir Kampung Jalan Kebun diatasi

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 12 OGOS: Isu banjir kilat dihadapi penduduk di Kampung Jalan Kebun, di sini, diharap mampu ditangani dengan pembabitan semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri berkaitan.

Penduduk mendakwa masalah itu berlarutan sekian lama ekoran kerja penyelenggaraan tidak dijalankan secara sepenuhnya dan kadang kala berlaku ‘tolak menolak’ antara pihak berkuasa dalam beberapa perkara.

Seorang penduduk, Azuan Mat Amid, 43, berkata isu terbabit dihadapi mereka sejak sekian lama dan memerlukan penyelesaian segera.

“Maka pendekatan (sesi perbincangan) diadakan ini mencari satu penyelesaian berhubung isu banjir kilat yang sering berlaku di sini.

“Akhirnya ia dapat dirungkaikan apabila pihak berkuasa seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan bidang kuasa masing-masing,” katanya kepada SelangorKini, pada 10 Ogos lalu.

unnamedSesi perbincangan diadakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bersama JKKK kampung itu dan pihak berkaitan antaranya MBSA, JKR, JPS serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang bagi menangani masalah banjir di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, langkah diambil Kerajaan Negeri itu adalah wajar sekali gus menunjukkan keprihatinan terhadap masalah dialami rakyat.

“Penduduk berharap perbincangan dijalankan membuahkan hasil positif bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

-nR-


Pengarang :