SELANGOR

PJ Half Marathon kembali, sasar 5,000 penyertaan

OLEH SYASYA SUFIAN

PETALING, 3 OGOS: Acara larian terulung ‘PJ Half Marathon’ kembali lagi untuk edisi ke 28 bertemakan ‘Run Because You Can’ pada 21 Ogos ini.

Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Johary Anuar, berkata tahun ini MBPJ menjangkakan seramai 5,000 peserta sekitar bandaraya itu dan Lembah Klang mengambil bahagian.

“Setakat seramai 4,010 sudah berdaftar dan dijangka penyertaan akan terus meningkat.

“Kita juga memilih laman MBPJ seksyen 52, sebagai lokasi penganjuran bagi membuka dimensi baru bagi tahun ini,” katanya sewaktu sidang media PJ Half Marathon 2016 di Bilik Gerakan, Tingkat 1 HQ MBPJ, di sini, hari ini.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan membabitkan larian 21 km Terbuka, 10 km terbuka, 7 km (pelajar sekolah) serta 3km Fun Ride.

Pelepasan acara bagi 21 km akan bermula sewak jam 5 pagi diikuti 10km (5.30 pagi), 7km (6.30 pagi) dan 3km (7.00 pagi).

PJ HALF MARATHON 2“Antara jalan terlibat ialah Jalan Gasing, Jalan Klang Lama, Jalan Templer, Jalan Universiti, dan Jalan Sultan.

“Hampir 90 anggota polis dan 50 penguatkuasa MBPJ bersedia membuat kawalan secara berperingkat bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin,” katanya.

Penganjuran itu mendapat kerjasama Persatuan Olahraga PARA Selangor (POPS) dan Puncak Ventures SRA Sdn BHD.

Orang ramai berminat boleh layari www.myraceonline.com atau hubungi persatuan POPS di talian 019-5541902/012-6294083 untuk mendaftar.

-nR-


Pengarang :