Raudhah Mart tawar produk halal dan bermutu | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Raudhah Mart tawar produk halal dan bermutu

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 15 OGOS: Berbekalkan slogan ‘jimat dan halal’, Pasar Mini Raudhah Mart mampu menjadi alternatif kepada pengguna yang mahukan keselesaan membeli-belah di samping mengutamakan produk halal dan bermutu.

Pengasas Pasar Mini Raudhah Mart, Fadzil Hashim, berkata pihaknya mensasarkan 1,000 cawangan di seluruh negara bertujuan membantu mereka yang berminat memiliki perniagaan sendiri.


“Kami juga menyediakan peluang perniagaan untuk mereka yang berminat memiliki kedai runcit Raudhah Mart dengan kos rendah dan mereka akan diberikan bimbingan perniagaan.

“Mereka tidak dikenakan kos francais tetapi hanya memerlukan peniaga membeli barangan kedai mereka daripada Raudhah Mart Distribution dan membayar sumbangan pengiklanan, sistem pos dan yuran latihan yang sangat rendah,” katanya.

IMG-20160814-WA0048Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Rangkaian Perniagaan Raudhah Mart dan Restoran Pollo Mendi di One City, di sini, semalam.

Katanya, 50 peratus keuntungan bersih yang diperolehi akan disumbangkan terus kepada dana projek ‘Selamatkan Ummah’ bagi menyokong usaha menyediakan pinjaman bebas riba, penyediaan dana pendidikan percuma dan penyediaan dana kesihatan percuma.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu dirasmikan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan disertai Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next

JOIN THE DISCUSSION