Selangorkini
SELANGOR

UNISEL tawan serambi Melayu Riau

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PEKANBARU, 20 OGOS: Universiti Selangor (Unisel) mengambil peluang terbaik menggerakan prospek pendidikan pengajian berteraskan bangsa Melayu di Riau Indonesia.

Inisiatif terbabit digerakkan menerusi penganjuran Seminar Malay Archipelago Postgraduate (MAPS) di Universitas Lancang Kuning (ULK) yang diadakan hari ini dan esok.

Tumpuannya ke arah memastikan aspek kajian pendidikan bangsa Melayu terus kukuh untuk manfaat jangka panjang kepada bidang pengajian ilmiah antara Malaysia dan Indonesia.

Pengisiannya juga tertumpu kepada perancangan pelan jangka panjang antara Unisel dan ULK untuk lebih konsisten mewujudkan program pendidikan kedua negara.

Penganjuran MAPS turut didukung hasil komimen kedua institusi pendidikan tinggi itu untuk lebih berdaya saing mengukuhkan peranan pendidikan serantau.

IMG_0749Keberhasilannya dilihat mampu melonjakkan Unisel sebagai institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri yang komited memacu nilai pengajian berteraskan bangsa Melayu.

Unisel turut membawa delegasi tertinggi dan perserta terdiri daripada pelajar pasca-siswazah, penggiat industri dan ahli akademik untuk membentangkan hasil projek dan kajian ilmiah.

Prospek pembentangan tertumpu kepada isu membabitkan kepelbagaian dan keunikan bangsa Melayu serumpun yang cukup sinonim dalam kalangan komuniti Melayu di Riau dan Malaysia.

Sesi pembentangan itu juga akan dinilai sebelum direkodkan bagi tujuan simpanan dan penyelidikan jangka panjang.

-AA-


Pengarang :