10,900 unit kediaman bakal dibina di Puncak Alam | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

10,900 unit kediaman bakal dibina di Puncak Alam

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 10 SEPT: Sebanyak 10,900 unit kediaman lagi bakal dibina di Puncak Alam, selain pemulihan projek terbengkalai Alam Perdana.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Raja Shahreen Raja Othman, berkata separuh daripadanya merupakan Rumah Selangorku iaitu sebanyak 5,450 unit.


“Pemulihan Alam Perdana adalah serampang dua mata MBI dengan kita turut menyediakan sebilangan besar rumah mampu milik semasa kemelut kekurangan penawaran dalam negara.

“Usaha ini bagi melestarikan konsep demokrasi pemilikan rumah dalam kalangan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Menandatangani Perjanjian MBI dengan LBS Bina Group dan Worldwide Property di Puncak Alam, di sini, hari ini.

majlis-tandatangani-perjanjian-dgn-lbs-bina-group-dan-worldwide-asri-1Terdahulu, beliau mengumumkan sebanyak 203 unit rumah teres dua tingkat di Alam Perdana yang terbengkalai sejak 2005 bakal dipulihkan.

Raja Shahreen berkata, usaha ‘revitalization’ itu mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan di daerah Kuala Selangor khususnya di Ijok.

“Dipacu misi Dato’ Menteri Besar yang ‘forward thinking’, kami yakin usaha sedemikian akan berjaya termasuklah agenda ‘Smart Selangor’ yang kini rancak dibangunkan,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next