Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

ADN turun padang bantu agih bekalan air

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 26 SEPT: Pejabat Adun Subang Jaya giat turun padang bagi membantu membuat pengagihan air di kawasan seliaannya akibat gangguan bekalan air, sejak 22 September lalu.

14364786_10154441670579034_7831469099515954031_nMenerusi laman facebook Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, beliau bersama kakitangan dan sukarelawan berjaya menyelaraskan pengagihan air dari lima lori tangki air SYABAS di USJ 2, USJ 3/1, 3/2, 3/3, USJ 4 dan USJ 11/3, malam tadi.

“Walaupun bekalan air diseluruh kawasan USJ telah pulih namun tekanannya masih rendah.

“Saya sedang usaha untuk mengetahui masa pemulihan yang tepat daripada Syabas supaya orang ramai dapat membuat persiapan bekalan air secukupnya,” katanya.

Sebelum ini, beliau juga mambantu membuat pengedaran air mineral tajaan Syabas untuk 800 penduduk di Pangsapuri Good Year Court 2, USJ 6.

Turut hadir membantu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua; Ahli Majlis MPSJ, Ken Chia dan Jawatankuasa Penduduk Zon 3, Tony Chang.

-NFN-


Pengarang :