SELANGOR

Bersama hayati Maal Hijrah 1438 di Masjid Negeri 1 Oktober

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 SEPT: Majlis Ambang Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri bakal diadakan di Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 1 Oktober ini.

Majlis bakal disempurnakan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengangkat tema “Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah” sebagai penggerak penyatuan masyarakat.

Program dijangka bermula seawal jam 4 petang dengan pelbagai tentatif positif demi kesejahteraan masyarakat.

Antaranya, Forum Perdana Ehwal Islam, ceramah khas Maal Hijrah, pembacaan doa akhir tahun dan awal tahun.

Tidak terkecuali, majlis penyampaian Anugerah Khas Maal Hijrah 1438 bakal diberikan kepada penerima anugerah.

14470584_980769275367896_8280003431917910357_nMaal Hijrah atau sambutan Awal Muharam merupakan hari penting bagi umat Islam sejagat bagi mengimbau peristiwa hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Makkah ke Madinah pada 622 Masihi.

Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah, namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Hadirin Muslimin dan Muslimat dijemput untuk bersama-sama hadir meraikan Majlis Ambang Hijrah peringkat negeri.

EZY


Pengarang :