Selangorkini
PBT SELANGOR

FWC taja MPK minuman isotonik lebih RM146,000

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerima tajaan 24,420 tin air isotonik VITA 500 bernilai RM146,520 daripada Felda Wellness Corporation (FWC) Sdn Bhd.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, pihaknya mengalu-alukan tajaan itu dalam usaha menggalakkan budaya hidup sihat dalam kalangan warga Klang.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada FWC yang sudi memberi tajaan kepada MPK dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat, di sini.

tajaan-2“Kerjasama seperti ini diharap berterusan pada masa akan datang bagi membolehkan aktiviti dan program kesihatan yang kita jalankan mendapat perhatian masyakarat setempat,” katanya.

Tajaan itu akan diagihkan di lokasi berlangsungnya program MPK termasuk aktiviti melibatkan Ahli Majlis antaranya Larian Bandar Diraja (Oren Sport Klang) dan Karnival Sihat Selangor bertempat di Taman Rakyat Klang, pada 25 September ini.

Hadir sama pada majlis penajaan itu ialah Pengurus Eksekutif Pemasaran Dan Penjualan FWC, Raimi Ahmad; Setiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi, ahli majlis dan pemainMPK yang terlibat dalam Liga Bolasepak Rakyat (LBR).

Tambah Yasid, beberapa aktiviti melibatkan kecergasan dan kesihatan yang berlangsung sehingga hujung bulan ini menunjukkan MPK sentiasa meletakkan kesejahteraan warga Klang sebagai perkara utama.

-NFN-


Pengarang :