Selangorkini
PBT SELANGOR

Penutupan jalan sekitar Ampang sempena Kayuhan Santai Jalur Gemilang

OLEH SYASYA SUFIAN

SUBANG, 23 SEPT: Sempena Kayuhan Santai Jalur Gemilang 2016 anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) beberapa lokasi jalan akan ditutup secara berperingkat, pada 25 September ini.

Ampang Night Run aPegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, terdapat 11 jalan yang akan ditutup antara Jalan Ampang, Jalan Kolam Ayer Lama, Jalan Ulu Klang dan beberapa jalan lain.

“Jalan yang ditutup hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.

“Oleh itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan alternatif lain bagi mengelak sebarang kesulitan,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan program akan bermula seawal jam 7.30 pagi bertempat di Perkarangan Ampang Point.

Objektif utama program adalah untuk meningkatkan semangat patriotik, nasionalisme dan cintakan negara disamping merapatkan hubungan MPAJ dengan masyarakat setempat.

-NFN-


Pengarang :