Selangorkini
SELANGOR

ATSB: Tiada gelombang air pasang besar diramal

SHAH ALAM, 20 OKT: Fenomena air pasang besar melanda beberapa negeri sejak Jumaat lalu berakhir semalam, kata Astronautic Technology(M) Sdn Bhd (ATSB).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, setakat ini tiada kebarangkalian gelombang kedua diramal pada bila-bila masa.

Katanya, fenomena itu bagaimanapun dijangka melanda kembali menjelang akhir tahun apabila bumi, matahari dan bulan berada pada kedudukan selari, menyebabkan tarikan graviti.

“Ini yang menyebabkan air pasang, namun keadaannya lebih kurang sama kali ini, dan menjadi lebih dahsyat apabila ditambah dengan hujan,” lapor Bernama.

img_1616Pada 15 Oktober lalu, fenomena air pasang besar mula melanda beberapa kawasan di pesisir pantai di Selangor.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sejumlah RM4.3 juta bagi membaiki semua ban rosak akibat air pasang yang berlaku pada pertengahan September lalu.

Semalam, empat pusat pemindahan sementara banjir di Daerah Sabak Bernam ditutup setelah semua kawasan penempatan selamat diduduki semula penduduk.

14671209_1305522269479634_2811817077469677995_nExco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata pusat pemindahan sementara banjir itu adalah di Dewan Sungai Air Tawar, Dewan Parit Baru, Dewan Seri Sekinchan dan Dewan Sri Bernam, Sungai Besar.

Katanya, keputusan itu setelah Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Daerah membuat keputusan menutup semua empat pusat pemindahan banjir dan membenarkan semua mangsa pemindahan pulang ke kediaman mulai jam 12 tengah hari.

-nR-


Pengarang :