BERITA UTAMA SELANGOR

Ban Kampung Batu 5 pecah akibat pasang besar

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 17 OKT: Benteng air di Kampung Batu 5, di sini, yang baru dibaiki tidak dapat menampung air deras ekoran fenomena air laut pasang besar yang berlaku, pagi semalam.

polis-banjirKejadian yang berlaku sekitar jam 5.00 pagi itu menyebabkan paras air meningkat dengan cepat sebelum kembali surut menjelang siang.

Menurut laman sesawang Ahli Dewan Negeri (ADN) Sementa, daroyahalwi.com, penduduk berhampiran sudah diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara di Dewan Ahmad Razali di Batu 4, di sini.

Laman seswang terbabit menyatakan 55 orang daripada 15 keluarga sudah ditempatkan di pusat pemindahan sementara Dewan Ahmad Razali.

Terdahulu, SelangorKini yang membuat tinjauan keadaan di Kampung Tok Muda awal pagi semalam mendapati 236 orang daripada 53 keluarga ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda.

Kebanyakan orang ramai yang ditemui SelangorKini memuji langkah Kerajaan Negeri dalam membuat persediaan awal yang dijalankan bagi menghadapi banjir fenomena air laut pasang besar kali ini.

-NFN-


Pengarang :