Guna Aps AMAR JAIS salur maklumat ajaran sesat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Guna Aps AMAR JAIS salur maklumat ajaran sesat

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 4 OKT: Masyarakat disaran memanfaatkan aplikasi AMAR JAIS bagi menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti keagamaan mencurigakan khususnya aktiviti ajaran sesat.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim, berkata
masyarakat tidak perlu bimbang kerana JAIS tidak akan mendedahkan maklumat si pengadu kepada umum.


Katanya JAIS kini sedang giat membanteras lima ajaran sesat yang dikenal pasti tahun ini.

“Lima ajaran sesat tersebut ialah fahaman Syiah, Millah Abraham, Qadiani, Hizbut Tahrir dan Hassan Jonit.

“Jika tidak dicegah, kesannya amat besar yang boleh menyebabkan umat Islam porak peranda dan berpecah belah akibat percanggahan kefahaman,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Himpunan Bulanan JAIS di Dewan Muktamar Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS), di sini, hari ini.

Katanya, sehingga kini sebanyak 21 ajaran sesat yang masih bergerak aktif di negeri ini.

“Mereka juga sanggup berpindah randah ke tempat lain bagi mengelak aktiviti di kesan,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next