Jambatan Ketiga Klang: Teknologi tanpa tiang, atasi aliran trafik | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Jambatan Ketiga Klang: Teknologi tanpa tiang, atasi aliran trafik

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KLANG, 25 OKT: Pembinaan penyambungan Jambatan Ketiga Klang dengan teknologi tanpa tiang diyakini mampu menyuraikan aliran trafik di sekitar perbandaran Klang khususnya pada waktu puncak.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata jaringan kemudahan infrastruktur bersistematik menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi lebih strategik.


“Kita mengambil maklum jaringan jalan raya merupakan aspek paling penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi dan mobiliti sosial di negara kita dan Selangor khususnya.

“Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri berazam merapatkan jurang pembangunan di seluruh daerah dengan meningkatkan fasiliti jalan raya lebih meluas dan efektif.

img_20161025_110849_047-1“Namun, saya percaya pembinaan jambatan ini bukan hanya mampu mengurangkan kesesakan trafik di laluan utama Bandar Klang, tetapi turut mempengaruhi perkembangan pertumbuhan ekonomi di Pelabuhan Klang,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penyambungan Projek Jambatan Ketiga Klang di sini, hari ini.

Hadir sama Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Teng Chang Khim, Zaidy Abdul Talib dan Daroyah Alwi.

Pembinaan jambatan dengan keseluruhan jajaran sepanjang 2,525 meter menghubungkan dua bahagian dari Jalan Sungai Bersih, Jalan Tanjung Syawal ke Jalan Goh Hock Huat dengan kos kontrak sebanyak RM199 juta.

Projek yang dijangka siap sepenuhnya menjelang Mei depan itu dibina di atas 150 meter paras air Sungai Klang dengan kemudahan empat laluan menerusi penggunaan teknologi ‘balanced cantilever box girder’.

Selain menjadi laluan alternatif kepada pengguna jalan raya di Klang, jambatan tersebut juga boleh menahan kekuatan gegaran gempa bumi tanpa menggunakan tiang pacak di dalam sungai.

Dalam perkembangan itu, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri mengeluarkan sejumlah peruntukan besar untuk 2017 mencakupi aspek pembangunan luar bandar dan bandar.

Inisiatif tersebut katanya meliputi peningkatan kemudahan infrastruktur dan fasiliti di seluruh negeri, ke arah menyokong perkembangan ekonomi Selangor.

“Tanggungjawab sepenuhnya ini diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menaiktaraf 26 jajaran tanah negeri dengan peruntukan hampir RM200 juta untuk 2017,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next