Penyelenggaraan pintar jalan raya, lapor guna Waze | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Penyelenggaraan pintar jalan raya, lapor guna Waze

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 OKT: Pengguna jalan raya Selangor kini boleh melaporkan lokasi jalan berlubang (potholes) menerusi aplikasi Waze, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Dato’ Menteri Besar itu berkata, aduan itu dipanjangkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk diperbaiki dalam tempoh maksima lima hari.


Katanya, satu sistem middleware juga dibangunkan untuk mengumpul aduan jalan berlubang dan memantau tempoh pembaikan.

“Dengan ini, Kerajaan Negeri berupaya untuk memetakan hayat jalan raya untuk tujuan perancangan program ‘preventative maintenance’ lebih berkesan tanpa mengganggu keselesaan pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Pada 23 September lalu, pihak berkuasa tempatan (PBT) memeterai kerjasama dengan Google Asia Pacific menerusi Waze Connected Citizens Programme.

Mohamed Azmin berkata, setakat ini, PBT yang terlibat adalah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

“Selain aduan jalan berlubang, pihak berkuasa bertanggungjawab memuatnaik maklumat jalan yang ditutup bagi sesuatu tujuan supaya pengguna jalan raya mendapat maklumat sebelum merancang perjalanan,” katanya.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next