KENYATAAN MEDIA

Punca Pencemaran Sungai Semantan dikenal pasti di Bentong, Pahang

BY: ELIZABETH WONG

SHAH ALAM, 10 OKT: JAS Pahang perlu kaji semula dakwaan “Tiada Pencemaran di Sungai Semantan’ dan mengambil tindakan di punca

water-polution-source-1

Hari ini wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pasukan pemantauan sungai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengenal pasti punca pencemaran bau di Bentong, Pahang. Namun, pasukan tidak dapat memasuki premis yang disyaki kerana pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang tiada di tapak semasa pemeriksaan pagi tadi.

Pasukan Air Selangor telah menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca pencemaran sejak malam Jumaat (7 Oktober 2016) di Pahang. Punca pencemaran telah dikenal pasti di aliran pelepasan kilang yang disyaki dan berhampiran sungai. Sampel air daripada aliran pelepasan premis dan di sungai telah diperoleh oleh kedua-dua pihak. Bau dikesan serupa seperti yang dikesan di portal keluar Sungai Serai dan muka sauk Sungai Langat pada malam Jumaat. Hari ini, bau merebak setinggi 18 TON (Nombor Bau Nilai Ambang).

Pengarah JAS Pahang mungkin boleh dakwa bahawa air dibekalkan ke Selangor adalah bebas daripada pencemaran tetapi keputusan ujian awal dan juga pemeriksaan hari ini mendedahkan sebaliknya. Keputusan ujian awal sampel air diperoleh pada 7 dan 8 Oktober 2016 di portal keluar Sungai Serai telah mengesan Teradekana, Pentadekana dan Heksdekana, ia itu sebatian yang menyumbang bau luar biasa dalam air mentah. Portal keluar Sungai Serai adalah tempat kemasukan ke Selangor melalui saliran paip yang berdedikasi dipamkan daripada muka sauk Sungai Semantan.

water-polution-source-2

Bau luar biasa adalah penunjuk yang menandakan ada sebatian yang biasanya tidak terdapat dalam air mentah. Oleh itu, sebagai langkah mencegah, Air Selangor terpaksa menutup loji rawatan air Langat dan Cheras pada malam Jumaat. Kedua-dua loji akan mula mengabstrak air mentah daripada Sungai Semantan di Pahang apabila isu pencemaran selesai. Dewasa ini, loji Langat dan Cheras mengabstrak air mentah daripada air yang dilepaskan daripada empangan Langat.

Keputusan ujian awal dan maklumat daripada pemeriksaan hari ini, termasuk nama kilang yang disyaki telah dimaklumkan kepada JAS Pahang.

bm-water-polution-source-4Kami menggesa JAS Pahang untuk mengkaji semula dakwaan “tiada pencemaran di Sungai Semantan” dan terutamanya memeriksa kilang yang disyaki di Bentong dengan teliti. Kami ingin merakamkan penghargaan kepada SPAN atas pemeriksaan hari ini dan menggesa SPAN membantu Selangor mengambil tindakan sendiri ke atas premis tersebut.

Sekiranya pencemaran bau berterusan, Projek Pemindahan Air Pahang-Selangor tidak boleh diteruskan kerana air daripada Sungai Semantan tidak boleh diguna oleh loji rawatan air.

Status pemulihan keseluruhan bekalan air di Hulu Langat, Zon 1 mencatat 88% dan Zon 2 mencatat 100%, manakala di Kuala Lumpur, Zon 1 mencatat 58% dan Zon 2 mencatat 70%. Bantuan bekalan air akan terus dihantar dengan lori tangki ke kawasan terjejas.

Pengguna adalah dinasihati mengguna air dengan berhemat semasa tempoh ini supaya pemulihan sepenuhnya dapat dipercepatkan.

Untuk mengelakkan kesesakan di pusat panggilan pelanggan SYABAS, pengguna dinasihati untuk memuat turun “mySYABAS”, aplikasi telefon pintar atau melayari www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat status bekalan air.


Pengarang :