Selangorkini
SELANGOR

RM50,000 disumbang hargai khidmat PDK

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 OKT: Kerajaan Negeri menyumbangkan sebanyak RM50,000 kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Selangor sempena Program Semarak Aktiviti.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata berkata sumbangan itu diberi kepada 50 PDK di seluruh Selangor yang bekerja keras membantu anak-anak OKU menjalani kehidupan.

“PDK bekerja keras memastikan anak OKU terus diberi pendedahan dan tidak sesekali dipinggirkan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Sumbangan itu juga dapat membantu meringankan PDK dalam menyediakan keperluan untuk mereka,” katanya dalam kenyatan.

Selain daripada itu, katanya, PDK juga berperanan bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa agar tidak merasa malu untuk mengetengahkan anak mereka dengan masyarakat sekeliling.

Sehingga hari ini, ramai anak istimewa mampu berdikari sendiri dengan kelebihan masing-masing.

EZY


Pengarang :