Selangorkini
SELANGOR

ADN cadang Skim Peduli Sihat diperluas

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 2 NOV: Walaupun dibiayai subsidi, namun kos perubatan di hospital kerajaan didapati masih tinggi hingga memberi tekanan kepada golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan.

Justeru, Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin mencadangkan Skim Peduli Sihat diperluaskan ke hospital kerajaan bagi meringankan beban golongan memerlukan.

“Saya mendapat tahu ada pesakit kanser yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa membayar ubat hingga beratus ringgit dan tentunya jumlah ini menyebabkan golongan kurang berkemampuan tertekan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Belanjawan Negeri 2017 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Sementara itu, ketika menyentuh isu lain, Bee Yin turut mencadangkan Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif untuk menyediakan kemudahan menyusu anak di kawasan tumpuan awam.

yeo-bee-yin-kidex“Jangan biarkan ibu muda ini menyusukan anak di atas mangkuk tandas seperti gambar yang saya tunjukkan ini,” katanya.

Menjawan cadangan itu, Timbalan Speaker, Shafie Ngah memaklumkan DNS ada menyediakan kemudahan terbabit.

Skim Peduli Sihat akan diuruskan Selgate Corporation selaku ‘Third-Party Healthcare Administrator’ untuk membiayai rawatan kesihatan asas setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Penerima skim itu boleh mendapat rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

-AA-


Pengarang :