SELANGOR

ADN Selat Klang sampaikan Skim SMUE Fasa 1

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 17 NOV : Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diteruskan lagi menerusi penyampaian program bantuan tersebut kepada individu berkelayakan di kawasan pinggir bandar.

Terbaru, seramai enam penerima dari Dun Selat Klang menerima bantuan skim berkenaan bagi fasa pertama menerusi penyerahan bantuan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Hadir menyerahkan bantuan tersebut, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Kelang, Dr Halimah Ali di sekitar Flat Seri Perantau, Kampung Delek Kiri, Jalan Yadi dan Jalan Tepi Sungai.

imageHalimah dalam kenyataannya berharap, penerima memanfaatkan bantuan tersebut dengan perkara berfaedah.

“Gunakan manfaat ini sebaiknya, terutamanya mereka yang beragama Islam supaya melunaskan hutang-hutang.

“Boleh juga digunakan untuk tujuan haji abdal, sedeqah jariah dan sebagainya,” katanya.

Skim SMUE adalah inisiatif Kerajaan Negeri membantu waris kepada keluarga pemohon yang telah meninggal dunia.

Bantuan ini juga diserahkan kepada rakyat Selangor tanpa mengambil kira fahaman agama dan bangsa.

Inisiatifnya bagi memastikan beban waris penerima dapat dibantu untuk menjalani kehidupan sebaiknya.

-nR-


Pengarang :