Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

AMK tempelak pemuda Umno-BN insiden ‘baldi terbang’

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 2 NOV: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menempelak perbuatan biadap pemuda Barisan Nasional (BN) diketuai Umno ‘naik minyak’ dengan membaling baldi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, semalam.

Ketuanya, Afzainizam Rahman, berkata perbuatan mereka itu disifatkan tidak bertamadun persis gerombolan barbarian serta membidas kejahilan kumpulan berkenaan dalam memahami kronologi insiden pencemaran air di Selangor.

“AMK Selangor ingin bertanya kepada Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, adakah ini cara kepimpinan legasi Umno Selangor?

“Jika benar, tidak hairanlah celaru sedemikian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

a-1024x683Untuk makluman, beliau berkata, tindakan pantas Kerajaan Negeri bersama agensi berkaitan diambil sejak hari pertama kejadian dengan menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas.

Selain itu penguatkuasaan dijalankan dengan menutup premis didapati melakukan pencemaran termasuk merampas tanah seperti termaktub dalam Kanun Tanah Negara.

Tambahnya, pemantauan 24 jam dilakukan di lembangan sungai di Selangor sebagai langkah pencegahan.

“AMK Selangor tidak menolak tujuh kejadian pencemaran air dan henti tugas berlaku dalam sebulan adalah perbuatan sabotaj ekoran sampel diambil dari lokasi insiden menunjukkan ia bukan satu kemalangan.

“Kerajaan Negeri berbicang dengan Kementerian Sumber Air dan Alam Sekitar serta bersetuju menubuhkan pasukan petugas bersama bagi mengelak sebarang kekeliruan juga memastikan isu terbabit dapat ditangani.

“Kita optimis pihak berkuasa segera menyiasat dan mendakwa mereka bertanggungjawab,” katanya.

Mengikut kronologi, beliau menjelaskan, bahan tercemar dikesan di Sungai Lalang, Semenyih, 22 September lalu dan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberi respon segera turun padang melihat sendiri lokasi pencemaran terletak di sebuah premis haram.

air1Manakala pada 7 Oktober, katanya, benzyl alcohol dikenalpasti mengalir dari Sungai Semantan, Pahang menuju ke Selangor.

“Tidak cukup dengan itu, berlaku lagi pencemaran pada 23 Oktober berpunca dari aliran di Nilai, Negeri Sembilan.

“Bekalan air terpaksa ditutup serta merta kerana dibimbangi air tercemar dibekalkan kepada pengguna,” katanya.

EZY


Pengarang :