Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Azmin santuni rakyat di Warung Wak Minan

OLEH LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 18 NOV: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali membuka tirai lawatannya di Kuala Selangor dengan menikmati sarapan pagi di Warung Wak Minan, di sini.

Seawal jam 8.30 pagi, beliau dan rombongannya mula tiba di warung yang terletak di simpang empat Kampung Assam Jawa itu.

Berkemeja putih, Mohamed Azmin disambut Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor dan pimpinan.

img_20161118_093721_357Sambil berbual santai, beliau dilihat asyik menikmati sarapan nasi lemak, kuih-muih dan air Milo panas.

Seperti biasa, Mohamed Azmin sempat memenuhi permintaan bergambar daripada pengunjung warung berkenaan.

Turut serta, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad; Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib dan Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi.

Selepas hampir sejam, Mohamed Azmin mula bergerak ke lokasi seterusnya di Jeti Kampung Baru Pasir Penambang bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada 33 penerima.

Warung Wak Minan antara lokasi sarapan pagi popular di daerah itu dengan menyediakan hidangan seperti roti canai, nasi lemak, pelbagai mi dan kuih-muih.

-NFN-


Pengarang :