Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Hujan lebat, Kajang pula banjir

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 28 NOV: Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan menyebabkan berlakunya limpahan air melepasi jalan utama sekitar pusat bandar Kajang.

whatsapp-image-2016-11-28-at-17-25-58Sehingga jam 5 petang tadi, dilaporkan paras air Sungai Chua melimpah dan melepasi jalan utama berdekatan Plaza Hugo, di sini.

Turut dilaporkan, paras air yang meningkat di Sungai Ramal, namun tidak dapat dipastikan paras terkini ketinggian air di sungai sekitar perbandaran Kajang.

Sementara itu, Jalan Reko juga turut dilaporkan dinaiki air dengan semua penduduk di kawasan berisiko tinggi diminta mengambil langkah berjaga-jaga.

Terdahulu, kawasan perbandaran bandar Kajang pernah dinaiki air setinggi 0.3 meter dan menjejaskan deretan kedai berhampiran Pasar Kajang, pada Januari lalu.

Orang ramai boleh menghubungi Balai Bomba dan Peneyelamat Kajang atau Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk mendapatkan maklumat terkini.

-NFN-


Pengarang :