Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Kajian pendaftaran proses guaman tanah, elak beban GST

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 7 NOV: Kajian pelaksanaan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap proses pendaftaran urusan Kanun Tanah Selangor akan dibuat selepas Kerajaan Persekutuan menetapkan peraturan baru membabitkan proses tersebut.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penelitian tersebut dibuat supaya pelaksanaannya tidak membebankan walaupun penstrukturan baru dibuat di peringkat Persekutuan.

“Untuk tempoh ini, urusan pendaftaran Pejabat Tanah Galian (PTG) mengenakan cukai GST berdasarkan fi pendaftaran kanun tanah Selangor.

mb-dun“Bagaimanapun, dasar peraturan baru yang dibuat di peringkat Kerajaan Persekutuan ini akan diteliti di PTG dan kita akan lihat bagaiamana ia tidak akan bebankan anak guam,” katanya.

Sebelumnya, Ahli Dewan Negeri(ADN) Pandamaran, Tan Pok Shyong membangkitkan isu peningkatan pembayaran proses pendaftaran proses tanah selepas cukai GST dilaksanakan di peringkat Persekutuan.

Dalam isu beransingan, Mohamed Azmin turut mengulas isu pemilikan strata tanah yang perlu dibuat pihak pemaju untuk sebarang proses pemilikan tanah daripada hak milik induk.

“Sekiranya pemaju lengah buat permohonan kepada pihak berkuasa negeri, kita tidak teragak-agak untuk kenakan tindakan tegas.

“Perkara ini dalam perhatian Kerajaan Negeri suapaya urus niaga hartanah tidak alami kelewatan dan gangguan pada masa akan datang,” katanya.

-NFN-


Pengarang :