Selangorkini
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Kem Alam Sekitar MBSA dedah pulihara alam sekitar

OLEH SYASYA SUFIAN

HULU LANGAT, 24 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan Kem Alam Sekitar 2016 yang diadakan selama tiga hari dua malam membabitkan peruntukan RM50,000 di Hutan Lipur Sungai Congkak, di sini.

Datuk Bandar Shah Alam, Dato’Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, Kerajaan Negeri menyumbang RM10,000 sebagai tanda sokongan usaha MBSA bagi menerapkan cinta alam sekitar dalam kalangan pelajar.

“Program ini julung kali diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar.

img_20161123_161048_479“Ia juga sebagai inisiatif MBSA dalam memelihara alam sekitar dan ia adalah aspek penting dalam kehidupan harian,” katanya ketika perasmian majlis berkenaan.

Sementara itu, pengarah program, Mohd Azmi Amer Khan berkata, kem itu menggunakan kaedah ‘Experiental Learning’ iaitu proses pembelajaran peserta berdasarkan pengalaman yang diterima sepanjang program.

“Antara pengisiannya adalah orientasi kawasan, penyediaan modul seperti ‘Nature Games dan Scavenger Hunt’ selain ‘Let’s Talk About Nature’ serta ‘night walk’.

“Peserta juga diberi pendedahan berkaitan pengurusan kitar semula dan topik berkaitan alam sekitar,” katanya yang juga Ketua Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA.

Difahamkan, 77 pelajar sekolah yang terlibat di sekitar Shah Alam khususnya pelajar berumur sembilan hingga 14 tahun.

-NFN-


Pengarang :