MB: IWB perlu rangka strategi depani revolusi industri keempat | Selangorkini


MB: IWB perlu rangka strategi depani revolusi industri keempat

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 22 NOV: Institut Wanita Berdaya (IWB) perlu merangka strategi wanita bagi mendepani revolusi industri keempat, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, revolusi yang dikenali sebagai ‘Industry 4.0’ atau ‘Industrial Internet of Things’ (IIoT) itu bakal memberi kesan kepada gaya hidup dan pekerjaan.


Katanya, banyak pekerjaan dijangka hilang, tetapi pada masa sama akan mencipta peluang pekerjaan baru.

“World Economic Forum dalam laporan ‘The Future of Jobs’ meramalkan sebanyak 5.1 juta pekerjaan bakal hilang antara 2015 hingga 2020, dan sebanyak 2.45 juta kehilangan itu ditanggung wanita.

“Revolusi industri keempat juga memberikan pentakrifan baru kepada pekerjaan termasuk ke arah mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Perasmian Konvensyen Wanita Selangor 2016, di sebuah hotel di sini, hari ini.

konve-wanita-2Hadir sama, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Pada 31 Oktober lalu, Belanjawan Selangor 2017 memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi memberdaya wanita seperti bidang ekonomi, pendidikan dan
kerjaya, termasuk RM1 juta untuk IWB.

Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata Program Mikrokredit HIJRAH sehingga kini memberi manfaat kepada 6,209 wanita atau 63.6 peratus.

“Sektor pendidikan juga memberi peluang kepada pelajar wanita di Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) untuk mendapat biasiswa.

“Seramai 65 peratus daripada penerima Biasiswa Selangorku adalah pelajar wanita,” katanya.

=EZY=

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Mohd Ezli Mashut


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next