Selangorkini
NASIONAL

Mufti: Biarkan samseng bermahajarela bahayakan negara

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 15 NOV: Tindakan membisu dan tidak berbuat apa-apa terhadap golongan samseng bakal membawa kesan buruk kepada negara.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, tindakan itu juga menjurus kepada ketidakpercayaan rakyat terhadap undang-undang negara.

Katanya, setiap rakyat yang cintakan negara perlu memerangi golongan samseng daripada menjadi raja.

“Jika kita membiarkan orang samseng bermaharajalela, menyerang dan memukul sesiapa yang dia mahu maka negara akan terjerumus ke dalam huru-hara.

“Orang ramai tidak akan percaya lagi kepada kedaulatan undang-undang.

“Menghalang orang samseng dari bebas melakukan sesuka hatinya merupakan satu tanggungjawab bersama setiap rakyat yang patriotik,” katanya di laman Facebook rasminya semalam.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut mana-mana pihak secara langsung dalam status yang mendapat lebih 10,000 ‘likes’ itu.

Sejak bulan lalu, kumpulan baju merah diketuai Datuk Seri Jamal Yunos mencetuskan siri kekacauan terhadap konvoi Bersih.

Terbaru, beliau yang juga Ketua Umno Sungai Besar berdarah hidung selepas bergelut dengan pihak polis dalam satu pergelutan di Ampang.

EZY


Pengarang :