Selangorkini
SUKANKINI

Reds ucap “Terima kasih, Singapura – Hello, Kuala Lumpur!”

SHAH ALAM 15 NOV: Kuala Lumpur hari ini disahkan sebagai hentian seterusnya buat LFC World, satu pengalaman mengujakan buat peminat, dibawa oleh Liverpool Football Club dan Standard Chartered yang bakal membawa kelab lebih dekat kepada peminat di seluruh dunia.

Setelah kejayaan bertemu dengan 20,000 peminat selama enam hari di Singapura, LFC World dibawakan Standard Chatered menuju ke IOI City Mall di Kuala Lumpur, Malaysia bermula 13 Disember hingga 18 Disember.

Siri kedua Jelajah LFC World ini membawa bersama sebuah muzium mini yang membawa peminat langkah lebih dekat ke Anfield dengan pengetahuan tentang sejarah lalu, perkembangan terkini dan perancangan masa depan kelab.

Ini memberi peluang kepada peminat di Malaysia mencuba cabaran bolasepak yang interaktif dan menyeronokkan yang akan bakal menghidupkan suasana kemeriahan Liga Perdana Inggeris.

Terdapat juga ruang permainan video yang bakal dianjurkan oleh rakan rasmi permainan video LFC yang juga rakan sokongan LFC World, Konami.

Peminat Reds di Malaysia akan beroleh peluang sekali seumur hidup bertemu dengan beberapa bekas pemain terbaik kelab dengan kehadiran tiga orang lagenda Liverpool FC.

Mereka adalah Patrik Berger, Vladimír Šmicer and Robbie Fowler yang menemui peminat dan menandatangani autograf sepanjang program ini berlangsung dari 13 hingga 18 Disember.

Peminat bola sepak dan teknologi boleh merasai pengalaman “Inside Anfield”, satu teknologi realiti maya (VR) terkini dibawakan oleh Standard Chartered untuk meninjau suasana di Anfield.

Dengan bantuan alat dengar dan fon telinga, kandungan maya ini mampu membawa peminat pengalaman sebagai pemain serta perasaan dalaman yang unik ketika bersama pasukan.

Peminat juga boleh merasi pengalaan mendengar pesanan pasukan dari Jürgen Klopp di dalam bilik persalinan dan berjalan keluar dari terowong pemain di hadapan peminat di Anfield.

LFC World juga menyediakan aktiviti menarik dengan kerjasama dari syarikat penerbangan rasmi LFC yang juga rakan sokongan LFC World, Malaysia Airlines.

Ia dengan mengadakan pertandingan menawarkan pengalaman berharga LFC World termasuk sarapan pagi bersama lagenda LFC, baju LFC ditandatangani dan peluang keemasan sekali dalam hidup mempelajari teknik mengambil sepakan penalty dari penyerang dengan tiga kejuaraan, Robbie Fowler.

Robbie Fowler, duta LFC berkata : “Malaysia merupakan destinasi yang istimewa buat Kelab.

Peminat di sini adalah diantara yang paling ghairah tentang kelab, oleh itu amat hebat untuk kembali ke sana dengan membawakan pengalaman yang interaktif yang direka khas buat peminat di Malaysia untuk mereka mengenali kelab dengan lebih dekat.

Saya amat berharap dapat bertemu seberapa ramai peminat yang mungkin di LFC World di Kuala Lumpur.

Mahendra Gursahani, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Standard Chartered Bank Malaysia, berkata LFC World menawarkan pengalaman interaktif yang unik buat peminat LFC dan rakyat Malaysia dengan membawa Anfield ke Kuala Lumpur melalui realiti maya.

“Ini sesungguhnya pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kami berbangga dapat membawa pelanggan kami yang bernilai ini, kakitangan dan keluarga mereka ke Malaysia.

“Saya menjemput semua untuk menyertai kami di LFC World Disember ini,” katanya.

Untuk maklumat lanjut tentang LFC World yang dibawakan oleh Standard Chartered, boleh lawati : www.liverpoolfc.com/lfcworld

EZY


Pengarang :