Selangorkini
NASIONAL

Sokongan naik, Pakatan perlu kaji strategi berbeza Trump

ccsb-ads

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 10 NOV: Dua aspek penting yang mendorong kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) perlu dikaji Pakatan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia ekoran ‘mood’ pengundi dan mesej kempen Trump sebelum ini nyata berbeza, sekali gus melangkaui jangkaan semua pihak.

“Kita perlu memikirkan bagaimana kempen Trump menaik kerana apa yang dijangkakan sebelum ini tidak berlaku.

“Strateginya tidak dijangka, malahan tidak masuk akal tetapi pendekatan berbeza ini perlu diambil kira,” katanya mengulas kemenangan jutawan perniagaan itu sebagai Presiden AS ke-45, semalam.

Pada masa sama, Shamsul berkata, hasil kajian pengundian sebelum itu tidak boleh dijadikan kayu ukur keputusan muktamad.

Katanya, ia terbukti apabila pengundi menyukai mesej disampaikan Trump walaupun kempennya dilihat mengarut.

sam“Justeru, saya berpendapat mesej kempen harus diberi penekanan berbeza bagi pihak Pakatan kerana ia tentunya memberi kelebihan kepada kita seperti di AS,” katanya.

Terdahulu, calon Republikan itu jauh meninggalkan pencabarnya, Hillary Clinton dari parti Demokrat.

Kemenangan Trump turut menyebabkan pasaran saham dunia jatuh dan mencetuskan kegusaran berkenaan masa depan politik dunia terutama berhubung hala tuju kepimpinan Washington.

Trump dalam ucapannya berkata, beliau akan membina dan menambah baik infrastruktur di seluruh negara dan akan bekerjasama dengan negara yang menjalin hubungan baik dengan AS serta berlaku adil.

-AA-


Pengarang :