Zakat Emas: Kilauan berharga seiring kewajipan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Mohd Ezli Mashut

Zakat Emas: Kilauan berharga seiring kewajipan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 22 NOV: Hukum menunaikan zakat emas adalah wajib bagi individu yang memenuhi lima syarat berzakat seperti mana ditetapkan Islam.

Ketua Jabatan Pemasaran Strategik, Divisyen Kutipan, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohamed Syahril Zainol berkata, emas perhiasan iaitu emas yang dipakai berterusan atau sekali sekala dalam tempoh setahun perlu dibayar zakat.


Katanya, kaedah pengiraan zakat emas perhiasan pula adalah berdasarkan baki lebihan uruf.

“Apabila kita dah pakai sekali emas, maka dia dah dikira sebagai emas perhiasan kerana niatnya adalah untuk memakai.

“Jika berat keseluruhan emas dipakai di badan termasuk disimpan (pernah pakai dalam tempoh setahun) melebihi 800 gram (melebihi kadar uruf Selangor), maka wajib dizakatkan,” katanya.

Contohnya, jika berat keseluruhan emas adalah 900 gram, maka pengiraannya adalah (berat emas-uruf) darab (harga emas semasa x 2.5 peratus) atau [(900 – 800) x RM144.38 = RM14, 438 x 2.5 peratus = RM360.95)]

Syahril berkata, emas bukan perhiasan atau emas yang tidak dipakai adalah lebih kepada emas dengan fizikal besar seperti jongkong emas, emas pelaburan dan koleksi barang kemas.

“Zakat bagi emas bukan perhiasan adalah 2.5 peratus daripada jumlah emas yang ada sekiranya kadar dimiliki itu sama atau melebihi nisab iaitu 85 gram.

“Kaedah pengiraan bagi emas bukan perhiasan adalah timbangan emas darab harga emas semasa dan didarabkan dengan 2.5 peratus (kadar zakat) bagi mendapatkan jumlah zakat perlu dibayar.

“Emas seperti ‘gold bar’ yang dibuat pelaburan pula dikira sebagai zakat emas disimpan sekiranya cukup setahun dan melebihi kadar nisab, ia wajib dizakatkan,” katanya.

Untuk kiraannya, orang ramai boleh melayari www.zakatselangor.com.my/calkulator-zakat/zakat-emas-perak/ dan seterusnya mengikut arahan yang diberi.

Orang ramai juga boleh mengunjungi cawangan LZS untuk kemudahan mesin timbangan emas serta mesin kiraan bagi menentukan nilai zakat emas wajib dibayar.

EZY

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next