Selangorkini
SELANGOR

Baucar Back To School banyak bantu pelajar

OLEH HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 6 DIS: Pemberian baucar dalam program Back To School bagi DUN Subang Jaya dilihat lebih efektif bagi memenuhi keperluan pelajar.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, dengan kemudahan sebegitu lebih memberi manfaat kepada pelajar sebagai persiapan untuk kembali ke sekolah.

“Saya lebih suka pemberian baucar kerana pelajar boleh membeli apa yang mereka suka dan perlukan.

“Kita beri beg sekolah kadang kala pelajar tidak suka kerana semua pergi sekolah dengan beg sama,” katanya kepada Selangorkini di sini, hari ini.

Beliau berkata, program berulang juga harus dielakkan supaya dapat mengelak pelajar menerima barangan sama lebih daripada sekali.

Mengulas lanjut, katanya, program Back To School bagi DUN berkenaan akan dijalankan bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Pusat Mebeli Belah MyDin USJ, di sini, esok.

“Kita menganjurkannya setiap tahun dengan kerjasama Jawatankuasa Penduduk (JKP) dan beberapa pihak lain di sini.

“Peruntukan kira-kira RM10,000 disediakan dengan anggaran 500 pelajar menyertainya,” katanya.

=EZY=


Pengarang :