Dua mangsa kebakaran terima bantuan | Selangorkini


Dua mangsa kebakaran terima bantuan

OLEH AFIX REDZUAN

GOMBAK, 1 DIS: Dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Gombak Indah, Batu Caves menerima bantuan barangan keperluan dan kewangan.

Nasib keluarga itu mendapat perhatian Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan yang menziarahi mereka bersama-sama Lembaga Zakat Selangor (LZS) Cawangan Selayang dan Pejabat Daerah Gombak, pada 29 November lalu.


Hasbullah turut merakamkan rasa simpati atas kejadian tersebut dan berharap mangsa bersabar atas ujian yang menimpa mangsa.

“Bantuan ini disalurkan bagi meringankan beban selepas kediaman mereka hangus dalam satu kejadian kebakaran pada 28 November lalu,” katanya.

055Menurut mangsa, Anis Anifa Jaafar, 46, kebakaran itu mengakibatkan rumahnya hangus 90 peratus selain turut memusnahkan rumah sewa miliknya yang terletak bersebelahan.

Beliau yang bekerja sendiri tidak sempat menyelamatkan pelbagai dokumen penting dan barangan rumah kerana hanya menyedari kejadian itu sekitar jam 4.00 pagi ketika api sudah marak.

“Saya bersama tujuh ahli keluarga dan jiran seramai lima orang kini tinggal sehelai sepinggang.

“Bomba dari Jabatan Bomba Selayang sampai pada jam 4.30 pagi ketika api sedang marak dan penduduk kampung juga turut membantu memadamkan kebakaran.

“Setakat ini, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih lagi dalam siasatan,” katanya.

-nR-

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next