Selangorkini
BERITA UTAMA SUKANKINI

GABUNGAN desak exco FAS letak jawatan segera

KELANA JAYA 27 DIS: Gabungan Penyokong Bola Sepak Selangor (GABUNGAN) mendesak kesemua Exco Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) meletakkan jawatan serta-merta.

Timbalan Presiden GABUNGAN, Asrul Nizam Adnan, berkata keengganan berbuat demikian adalah penderhakaan terhadap titah Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

GABUNGAN menyatakan desakan itu apabila sekumpulan penyokong mengadakan perhimpunan aman di hadapan Bangunan FAS, di sini, hari ini.

“Sebagai penyokong Selangor, kami tidak mahu lagi mendengar sebarang alasan supaya mereka boleh kekal di atas ‘takhta’ (jawatan) sekarang.

“Kami berharap mereka tidak membelakangi titah Raja Muda Selangor. Keengganan berbuat demikian adalah satu bentuk penderhakaan kepada Institusi Raja dan Istana Selangor,” katanya dipetik BH Online.

Sebelum ini Presiden FAS, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali senada dengan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dengan rombakan pengurusan persatuan bola sepak negeri itu.

Mohamed Azmin berkata beliau menyokong sepenuhnya cadangan itu dan mahukan mereka yang tidak lagi mampu memberi sumbangan berundur secara terhormat.

=EZY=


Pengarang :