Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Kecurian pakaian seragam polis Subang Jaya palsu

SHAH ALAM, 29 DIS: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan kebenaran berita kecurian 30 pakaian seragam anggota polis di sebuah kedai dobi, di Subang Jaya.

POLIS BIRU 2 4x4Khalid melalui laman Twitternya semalam, menafikan dakwaan kecurian berkenaan yang diviralkan di laman media sosial, sejak 27 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari, dalam laman Facebook Polis Daerah Subang Jaya pula berkata dakwaan kecurian itu adalah cerita viral lama.

“Viral ini adalah palsu…Tiada kes seperti ini dilaporkan di daerah Subang Jaya,” katanya lapor BERNAMA.

Mohammad Azlin turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita dan perlu memastikan kesahihan berita itu sebelum diviralkan.

Kes kecurian pakaian polis itu dilaporkan pada Februari 2015.

Seorang pemilik kedai dobi membuat laporan polis apabila menyedari 30 helai pakaian seragam polis dicuri dari kedai itu selepas dipecah masuk.

-NFN-


Pengarang :