MB ajak rakyat daftar Skim Peduli Sihat | Selangorkini


MB ajak rakyat daftar Skim Peduli Sihat

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 DIS: Rakyat Selangor khususnya kelompok B40 yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000
sebulan disarankan untuk mendaftar di bawah Skim Peduli Sihat bagi mendapatkan rawatan hospital secara percuma.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali berkata, pemohon yang layak boleh mendaftar secara atas talian di https://pedulisihat.com/ atau melalui pejabat Ahli Dewan Negeri (ADN) berdekatan.


“Skim ini terbahagi kepada dua iaitu kategori A akan menerima manfaat kelebihan isi kad RM500 setahun dan tiada had jenis rawatan atau perubatan tertakluk kepada syarat kelayakkan.

“Manakala, kategori B untuk individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan RM1,500 dan ke bawah yang akan memperoleh isi kad bernilai RM200 juga tiada had rawatan serta perubatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Pemohon yang berminat boleh juga menghubungi talian 03-20893911 untuk maklumat lanjut.

Terdahulu, dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta bagi melaksanakan skim berkenaan kepada kelompok B40.

-AA-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the author

BERITA BERKAITAN

Prev
Next