MPK anjur Fiesta Gegar Klang 2016 | Selangorkini


MPK anjur Fiesta Gegar Klang 2016

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 1 DIS: Sempena sambutan ambang Tahun Baru 2017, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengadakan Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pendamaran.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di 12 trak makanan dan 30 car boot sales.


“Selain itu, terdapat juga pameran motorsikal berkuasa tinggi, retro, spider dan kumpulan predator serta pameran oleh agensi kerajaan seperti bomba, polis dan Agensi Antidadah Kebangsaan dan lain-lain.

“Pertandingan Karaoke Gegar Klang 2016, finale ‘Battle of The Band’ Klang 2016, bola sepak, mewarna, paint ball dan bermacam lagi turut diadakan pada malam tahun baru itu,” katanya.

Yasid berkata, beberapa artis turut tampil memeriahkan program antaranya Akhil Hayy dan pengacara, Man Raja Lawak yang ditayangkan secara langsung melalui layar besar.

“Pada penghujung program, cabutan bertuah turut diadakan selain pertunjukan bunga api menjelang detik 12 malam,” katanya.

-nR-

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

About the contributor

Norway

Editor

Naeem Raffi


Norway    Norway   Norway   Norway  

BERITA BERKAITAN

Prev
Next