Selangorkini
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

MPS jaga kebajikan, pekerja tingkat prestasi

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SELAYANG, 28 DIS: Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Suliman Abd Rahman menegaskan, beliau memandang serius kebajikan pekerja di bawah seliaannya kerana ia akan meningkatkan prestasi serta perkhidmatan mereka kepada orang awam.

Suliman berkata, beliau mengambil beberapa langkah serta inisiatif bagi memastikan kebajikan pekerja MPS sentiasa terbela, sekali gus dapat meningkatkan semangat serta produktiviti.

“Sepanjang saya berkhidmat di MPSS, kebajikan kakitangan merupakan antara perkara yang dipandang serius dan titik beratkan.

mps“Antaranya, kita memberi bantuan RM50 secara ‘one off’ kepada anak pekerja yang berumur enam tahun ke bawah bagi kumpulan C dan D, selain menambah tuntutan perubatan dari RM800 ke RM1000,” katanya ketika Mesyuarat Penuh MPS, di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS, di sini, hari ini.

Katanya, MPS juga melaksanakan program ceria kembali ke sekolah dengan memberi bantuan baju serta peralatan kepada anak pekerja yang memerlukan.

Selain itu, pertubuhan kesatuan pekerja (Anulae Cawangan MPS) penting dalam menjaga kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan.

“Tahun ini, Anulae menjalankan pelbagai aktiviti beroreantasikan kebajikan kakitangan seperti lawatan serta bengkel pemantapan kesatuan, sumbangan kepada ahli ditimpa musibah dan dermasiswa untuk anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Saya berharap, tahun depan Anulae akan terus bergerak aktif dan komitmed, selain 100 peratus jumlah keahlian dapat diteruskan. Jumlah keahlian ini merupakan yang terbesar di Selangor dan keempat di peringkat kebangsaan,” katanya.

-NFN-


Pengarang :