Selangorkini
BERITA UTAMA SELANGOR

Pameran Diraja singkap jiwa rakyat Sultan Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 9 DIS: YAM Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaimam Shah berkenan merasmikan Pameran Diraja DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda ke-71 di Pusat Membeli-belah SACC, di sini.

Ketibaan baginda disambut Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Seri Azman Ujang.

Paluan gong sebanyak tiga kali menjadi simbolik upacara perasmian pameran terbabit yang menghargai peranan penting Sultan Sharafuddin selama 15 tahun memayungi rakyat.

Selain itu, ia turut memaparkan perjalanan hidup baginda dengan lebih dekat, sekali gus meningkatkan semangat cintakan Raja dan Sultan dalam jiwa masyarakat seperti terkandung dalam prinsip Rukun Negara, ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’.

Pameran terbabit dianjurkan Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (PADAT) dengan kerjasama BERNAMA juga SACC.

Bermula 5 hingga 18 Disember ini, pameran itu dibuka kepada orang awam bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Antara yang dipamerkan adalah gambar Sultan Sharafuddin mendekati rakyat jelata, salasilah keturunan sistem beraja Selangor, alat kebesaran dan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

-AA-


Pengarang :