NASIONAL

PM, apa pendirian sebenar Malaysia terhadap Myanmar

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 DIS: Kerajaan Persekutuan pimpinan Umno-BN digesa memberi penjelasan dan pendirian sebenar Malaysia terhadap Myanmar.

Naib Presiden PAS, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana kenyataan dikeluarkan barisan pimpinan Umno-BN dilihat bertentangan dengan tindakan yang diambil mereka.

“Perdana Menteri mesti memberi penjelasan kepada rakyat kenapa Panglima Angkatan Tentera Malaysia berada di Myanmar walhal beliau dilihat lantang menyuarakan nasib masyarakat Rohingya di negara itu.

“Ini amat bertentangan dengan sikap tegas beliau pada sebuah himpunan di Kuala Lumpur pada Ahad lepas,” katanya dalam kenyataan.

Malaysia's Army Commander Senior Gen, Zulkifeli Mohd. Zin, left, speaks with Myanmar's President Htin Kyaw during their meeting at the President House in Naypyitaw, Myanmar Monday, Dec. 5, 2016. (AP Photo/Aung Shine Oo)

Semalam, portal Myanmar Times melaporkan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bertandang ke negara berkenaan untuk memulihkan hubungan kedua-dua negara.

Zulkifeli dikatakan bertemu Presiden Myanmar U Htin Kyaw dan ketua angkatan tentera Myanmar Min Aung Hlaing baru-baru ini

Iskandar yang juga Exco Kanan Selangor berkata, kunjungan itu tidak akan memberikan tekanan kepada Myanmar.

“Sikap sedemikian tidak akan memberi tekanan kepada Pemerintah Myanmar untuk memberhentikan pembunuhan dan kezaliman kerana Malaysia tidak kelihatan serius memperjuangkan nasib masyarakat Islam di sana.

“Kecuali jika kehadiran Panglima Angkatan Tentera itu adalah untuk memberi amaran kepada pemerintah Myanmar,” katanya.

Pada 4 Disember lalu, Najib ketika berucap pada Himpunan Solidariti Ummah berikrar tidak kisah jika ketegasan Malaysia dalam isu Rohingya bakal menjejaskan hubungan dengan Myanmar.

-nR-


Pengarang :